Friday 24 February 2012

Percutian SMK Hillcrest di Pulau Redang

 SMK Hillcrest , Gombak telah mengadakan aktiviti penghayatan taman
 laut pada cuti sekolah pada tahun 2011 yang lepas. Ecomarine telah merancang pelbagai aktiviti yang menarik. Di antaranya ialah menaiki bot mengelilingi pulau, snorkerling, asas diving, melawat santuari penyu, bersantai di Prawn Spa, jungle treking dan mencandat sotong. Harga pakej yang ditawarkan amat murah berbanding dengan lain-lain syarikat pelancongan. Pihak Ecomarine mempunyai tenaga jurulatih yang mempunyai kepakaran yang bertauliah. Kebanyakan pihak yang telah berurusan dengan Ecomarine amat berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan.

                                                                                   
Kanak-kanak juga terlibat sama dan tidak hanya melibatkan golongan remaja dan dewasa sahaja. Pada hari pertama pakej yang disediakan, kebiasaan peserta akan di bawa ke Pantai Teluk Dalam bagi aktiviti water confident. Seterusnya akan di bawa ke kawasan pantai Taman Laut kebetulan yang nama pulau itu ialah Pulau Pinang salah satu pulau-pulau di Pulau Redang. Peserta akan dapat berenang di situ dan dapat melihat banyak ikan yang berwarna-warni dan spesis yang berlainan di situ. Gambar di sebelah menunjukkan salah seorang peserta sedang memberi makan ikan.
Pengangkutan utama dari pulau ke pulau menggunakan bot nelayan. Ini bergantung pada keadaan kerana jika masa terlalu singkat pihak Ecomarine akan menyediakan bot laju fiber yang berkuasa enjin 40 kuda. Pihak Ecomarine sengaja menyediakan bot nelayan sebagai pengangkutan kerana ingin memberi pendedahan kepada golongan dewasa pengalaman sebenar nelayan-nelayan mencari rezeki. Peserta dapat merasai bagaimana pengalaman di lambung ombak dan gelombang. Kadang-kadang boleh memabukkan sehingga termuntah-muntah.
Jika keadaan cuaca yang mengizinkan pihak Ecomarine akan membawa peserta ke tempat penetasan penyu atau dikenali sebagai santuari penyu. Kebiasaan tempat tidak dibuka untuk orang ramai. Hanya IPT dan badan-badan tertentu sahaja yang dapat melawat tempat ini. Namun, hubungan yang baik antara Ecomarine dengan pihak pengurusan santuari penyu UMT ini, telah membuka peluang keemasan pihak SMK Hill Crest melawat tempat ini. Apa yang menarik lagi ialah tempat ini ada kawasan air bukit yang terdapat udang-udang air tawar di dalamnya. Pengunjung boleh mendapatkan khidmat udang-udang ini bagi perkhidmatan SPA Udang. Tempat-tempat lain kebiasaanya hanya ikan yang melakukan tugas-tugas ini. 

Pulau Redang amat indah dengan sistem fauna dan floranya. Kebanyakan ekosistem pulau-pulau di sekitar Pulau Redang ini masih belum terusik dan di jaga. Ecomarine juga menyediakan aktiviti jungle treking di dalam pakej ini. Peserta dapat melihat keindahan alam semulajadi kehijauan hutan di atas pulau. Jika berada di dalam hutan ini, seolah-olah kita lupa yang kita berada di atas sebuah hutan pulau bukannya di daratan besar. Hutan-hutannya amat cantik dan dihuni oleh banyak binatang dan spesis burung. 
Malam harinya jika keadaan laut baik, pihak ecomarine akan menyediakan trip mencandat sotong. Peserta yang belum pernah merasakan bagaimana cara mencandat ini akan tersenyum puas sampai ke telinga. bagi yang tidak tahan mabuk laut mereka akan tidur di lantai bot. Pengalaman seperti ini akan mendedahkan para peserta bahawa cari rezeki di kalangan nelayan-nelayan bukan mudah. Hanya tawakkal sahaja dan disertai oleh pengalaman-pengalaman yang lepas.
Program seperti ini amat berguna bagi peserta yang belum pernah mengalaminya. Kenangan indah dan pahit akan di bawa bersama-sama. Ecomarine menyediakan rumah tamu sebagai tempat menginap. Ia amat selesa kerana kediaman tersebut amat luas dan mempunyai 3 bilik. Kemudahan penghawa dingin dan dapur dapat memberi peluang bagi penghuni memasak dengan selesa. 

Terima Kasih SMK Hill Crest kerana telah memberi kepercayaan kepada Ecomarine.







1 comment: