Wednesday 28 August 2013

Friday 9 August 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Di kesempatan ini Eco Marine ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf di atas kekilafan yang dilakukan samada sengaja atau pun secara tidak sengaja. Berhati- hati di jalanraya pada musim perayaan ini. Insya Allah lepas hari raya kita akan berjumpa kembali dengan aktiviti- aktiviti menarik sepanjang tahun 2013. 


Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir Batin...



Tuesday 30 July 2013

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian

Dari lens fisheye pak ucop heheheh....




PEMANDANGAN DARI JETI TAMAN LAUT.




PEMANDANGAN PULAU PERHENTIAN KECIL DARI JETI TAMAN LAUT.




KEJERNIHAN AIR LAUT PULAU PERHENTIAN.

Sunday 7 July 2013

XPDC JERAM PENITIH

          
       Kelab Ecomarine tidak hanya dibataskan kepada aktiviti di pulau sahaja. Keindahan hutan-hutan dan jeram turut diterokai. Segala aktiviti sihat ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama pengunjung, tetapi juga mendedahkan tentang betapa pentingnya pemuliharaan hutan simpan kita.
       Kepakaran pihak ahli kelab dikongsikan bersama. Secara tidak langsung percambahan ilmu dan ditingkatkan lagi ke bidang dan suasana yang lain. Aktiviti pada kali ini adalah jejak berbasikal ke Jeram Penitih yang terletak di dalam Daerah Kemaman. Kehujauan alam semulajadi amat memukau jika pengunjung menghayatinya dengan cara yang betul.

SEJENAK ECOMARINE DI PULAU REDANG


        Bagi pengunjung yang pernah ke Pulau Perhentian, mereka ingin merubah angin ke Pulau Redang pula. Kunjungan bagi semua pulau ini amat penting kerana ia dapat menambah ilmu pengetahuan tentang alam marine. Perbandingan antara pulau-pulau ini dapat menyedarkan kita adakah pulau-pulau kita semakin terancam atau dijaga dengan elok oleh para pengunjung.
         Aktiviti yang dibantu oleh pihak Ecomarine pada kali ini melibatkan Persatuan Badan Beruniform Pengakap yang dihadiri oleh para pelajar yang berasal dari Negeri Perak. Penarafan para pelajar ini agar mendapat Lencana Alam Marin. Mereka telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti pemuliharaan alam semulajadi.

Saturday 2 February 2013

PERCUTIAN MAHASISWI PERUBATAN UM DI PULAU PERHENTIAN

2013 
PERCUTIAN MAHASISWI PERUBATAN UM DI PULAU PERHENTIAN



Kepuasan bercuti di Pulau Perhentian tidak dapat digambarkan melainkan mengikutinya sendiri. Begitulah pengalaman mahasiswi perubatan tahun tiga Universiti Malaya. Kepuasan dapat dilihat pada setiap raut muka bakal doktor ini setiap kali gambar diambil. Senyuman manis dan menawan jelas terpancar dibibir.

Keindahan di puncak bukit kincir angin amat menarik. Kebesaran ilahi jelas dapat dilihat di sini.
 

Semoga dapat berjumpa lagi di lain masa