Thursday 24 May 2012

KURSUS EFR BAGI DIVE MASTER DISAMPAIKAN OLEH EN. AZNAN ABAS

Pada 26 hingga 29 Feb 2012 pihak Pusat Kokurikulum Selangor, KL dan P. Pinang telah menganjurkan kursus "Emergency First Respons" yang berlangsung di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur dan Kolam Renang di Pusat Kokurikulum Selangor di Hulu Langat. Kursus ini dilakukan bagi melayakkan mereka untuk mengambil lesen dive master bagi scuba diving oleh PADI. Kursus ini dikelolakan oleh Ecomarine Training Center bersama Fauna Reff Diver iaitu Instruktur PADI En. Suhaimi Ibrahim  (bekas ahli kumpulan Medicine) atau lebih dikenali sebagai Abg Mie Fauna dan juga bantuan daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (Instruktur EFR Encik Aznan Abas) . Tahniah dan syabas kepada semua peserta. Pihak Ecomarine merasa amat bertuah dapat turut sama terlibat di dalam kursus ini. Semoga ilmu dan pengalaman semasa kursus ini dapat meningkatkan kemahiran semua peserta di dalam mengendalikan aktiviti pendidikan luar bilik darjah.








Para peserta kursus sedang memakai protective glove.





Breathing.........










Cara mencari point











EFR instructor memeriksa borang kursus.








Pusat Kokurikulum Selangor merupakan satu-satunya Pusat Kokurikulum yang mendahului teknologi dunia scuba dengan mendedahkan kepada jurulatihnya Full Face Scuba Dive Mask with Diver Communication Unit. SYABAS !!!!!!!!








Kolam Renang di Pusat Kokurikulum Selangor di Hulu Langat.

Pulau Redang ..... pulau keindahan










Sunday 20 May 2012

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PULAU REDANG

PERSIDANGAN BAHAGIAN GUAMAN 2012 JABATAN PEGUAM NEGARA
Jabatan Peguam Negara telah memilih Pulau Redang sebagai tempat untuk mengadakan Program Khidmat Masyarakat Pulau Redang 2012. Salah satu tempat yang dilawati adalah Pusat Taman Laut Pulau Pinang yang juga terdiri daripada gugusan pulau yang terdapat di Pulau Redang. Pihak ECOMARINE TRAINING CENTRE berbesar hati dapat berganding bahu menjayakan program ini. Di antara aktiviti yang telah dirancang ialah snorkeling di Taman Laut dan Pengenalan Asas Scuba. Semoga Dengan pengalaman ini memberi seribu kenangan bagi mereka yang terlibat sepanjang program ini.




Barisan para tetamu kehormat yang terlibat.












Syoknye snorkeling

Monday 14 May 2012

ECOMARINE TRAINING CENTRE FOR THE 2ND PERHENTIAN CHAPTER

PIHAK ECOMARINE TRAINING CENTRE sekali lagi telah berjaya mengadakan kursus bagi Open Water Diver, Advance, dan Rescue Diver. Peserta terdiri daripada beberapa individu persendirian, jurulatih Pusat Kokurikulum dan JPAM. Semangat ingin belajar amat dibanggakan di kalangan para peserta kursus. Pada kali ia dikendalikan oleh Instructor Ecomarine sendiri iaitu Encik Aznan bin Abas.

Sunday 13 May 2012

PENGENALAN ALAM MARIN SMKA dan SMA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu telah memilih Pulau Perhentian sebagai kesinambungan Pengenalan Alam Maritim yang telah diadakan di Pulau Redang pada tahun 2011. Bagi memudahkan pengurusan pihak Majlis Agama Negeri Terengganu meminta pihak Ecomarine menguruskan semua perjalanan program ini. Hasilnya beberapa bentuk program yang bertemakan Alam Maritim telah diatur bagi pelajar-pelajar ini.

Wajah-wajah ceria yang jelas terbayang pada diri masing-masing untuk menerokai keindahan Pulau Perhentian. Pelajar-pelajar ini merupakan murid-murid yang akan menduduki SPM tahun 2012 dan yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan OTI 1 baru-baru ini. 

Kejinakan ikan-ikan jelas terbukti apabila tidak takut untuk menghampiri para peserta. Para pelajar dan guru amat teruja melihat keindahan dan kejinakan ikan-ikan ini.

Pada kali ini para peserta di bawa ke Tiga Ruang untuk aktiviti "keyakinan di air". /setelah penat berenang para peserta telah di jamu sepuas-puasnya. Pepatah ada mengatakan "Kenyang perut senang hati". Bagi para peserta yang tidak mahu lagi untuk turun bermain air laut masin, mereka basahi tubuh badan dengan air yang sejuk dan dingin yang mengalir  dari kaki bukit.