Showing posts with label camping. Show all posts
Showing posts with label camping. Show all posts

Tuesday, 30 July 2013

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian

Dari lens fisheye pak ucop heheheh....




PEMANDANGAN DARI JETI TAMAN LAUT.




PEMANDANGAN PULAU PERHENTIAN KECIL DARI JETI TAMAN LAUT.




KEJERNIHAN AIR LAUT PULAU PERHENTIAN.

Sunday, 13 May 2012

PENGENALAN ALAM MARIN SMKA dan SMA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu telah memilih Pulau Perhentian sebagai kesinambungan Pengenalan Alam Maritim yang telah diadakan di Pulau Redang pada tahun 2011. Bagi memudahkan pengurusan pihak Majlis Agama Negeri Terengganu meminta pihak Ecomarine menguruskan semua perjalanan program ini. Hasilnya beberapa bentuk program yang bertemakan Alam Maritim telah diatur bagi pelajar-pelajar ini.

Wajah-wajah ceria yang jelas terbayang pada diri masing-masing untuk menerokai keindahan Pulau Perhentian. Pelajar-pelajar ini merupakan murid-murid yang akan menduduki SPM tahun 2012 dan yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan OTI 1 baru-baru ini. 

Kejinakan ikan-ikan jelas terbukti apabila tidak takut untuk menghampiri para peserta. Para pelajar dan guru amat teruja melihat keindahan dan kejinakan ikan-ikan ini.

Pada kali ini para peserta di bawa ke Tiga Ruang untuk aktiviti "keyakinan di air". /setelah penat berenang para peserta telah di jamu sepuas-puasnya. Pepatah ada mengatakan "Kenyang perut senang hati". Bagi para peserta yang tidak mahu lagi untuk turun bermain air laut masin, mereka basahi tubuh badan dengan air yang sejuk dan dingin yang mengalir  dari kaki bukit.




Wednesday, 7 March 2012

Taman Herba Tasik Kenyir


Ecomarine sekali lagi mengorak langkah mengintai keindahan dan rahsia hutan belantara kita. Pada kali ini, ecomarine ingin membawa anda melawat ke Taman Herba, Tasik Kenyir, Daerah Hulu Teremgganu. Dari Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, kita perlu menaiki bot fiber laju. Perjalanan mengambil masa kira-kira 17 hingga 20 minit. Disebabkan keindahan alam semulajadi yang begitu menarik, perjalanan terasa begitu singkat.








Hutan rimba yang terdapat di negara kita sudah berusia jutaan tahun. Di dalamnya terdapat pelbagai khazanah alam yang masih belum diterokai. Kini, khazanah-khazanah ini perlu dipelihara demi untuk manfaat sejagat.







Taman Aboretum  

Alami keistimewaan sukan kayak di kebanyakan lokasi menarik di Tasik Kenyir ini yang sesuai bagi pengunjung dari semua pringkat umur tanpa mengira pengalaman. Berkayak dan bersantai sambil menikmati keindahan hutan hujan tropika.





 Resort di dalam hutan yang mengelilingi diri anda dengan keindahan hutan tropika.



Jejak-jejak yang berlainan jaraknya. Sesetengahnya mengambil masa 2jam.





 JOM KENALI POKOK HUTAN KITA

 


 POKOK BULUH

                                            POKOK GELI-GELI




POKOK PAKU HERBA




                                POKOK PAKU LANGSUIR




POKOK PAKU PACAT




                                             POKOK UBI JAGA