Sunday, 13 May 2012

PENGENALAN ALAM MARIN SMKA dan SMA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu telah memilih Pulau Perhentian sebagai kesinambungan Pengenalan Alam Maritim yang telah diadakan di Pulau Redang pada tahun 2011. Bagi memudahkan pengurusan pihak Majlis Agama Negeri Terengganu meminta pihak Ecomarine menguruskan semua perjalanan program ini. Hasilnya beberapa bentuk program yang bertemakan Alam Maritim telah diatur bagi pelajar-pelajar ini.

Wajah-wajah ceria yang jelas terbayang pada diri masing-masing untuk menerokai keindahan Pulau Perhentian. Pelajar-pelajar ini merupakan murid-murid yang akan menduduki SPM tahun 2012 dan yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan OTI 1 baru-baru ini. 

Kejinakan ikan-ikan jelas terbukti apabila tidak takut untuk menghampiri para peserta. Para pelajar dan guru amat teruja melihat keindahan dan kejinakan ikan-ikan ini.

Pada kali ini para peserta di bawa ke Tiga Ruang untuk aktiviti "keyakinan di air". /setelah penat berenang para peserta telah di jamu sepuas-puasnya. Pepatah ada mengatakan "Kenyang perut senang hati". Bagi para peserta yang tidak mahu lagi untuk turun bermain air laut masin, mereka basahi tubuh badan dengan air yang sejuk dan dingin yang mengalir  dari kaki bukit.




No comments:

Post a Comment