Monday, 29 August 2016

Update


Assalamualaikum wbt and Good Morning,


We have officially moved our website to: 


See you there!

Friday, 14 March 2014

Jom bersantai



 Mempunyai lokasi yang agak strategik untuk berehat melapangkan fikiran dan minda. Terletak di Kg Teluk Dalam Pulau Perhentian Besar, Besut Terengganu. Dikelilingi oleh tumbuhan semulajadi dan menyegarkan minda serta mempunyai pantai yang landai. Ia sangat sesuai untuk aktiviti mandi manda dan bersantai bersama keluarga. Permandangan yang menarik dari tempat ini pasti menggamit memori. Lihat saja airnya yang kebiruan pasti membuatkan pengunjung yang datang dapat menikmati suasana semulajadi di Pulau Perhentian. Antara lokasi menarik berdekatan dengan resort ini adalah Pusat Air Terjun Berani ( Brave Waterfall), Shark Point di mana tempat pengunjung untuk bersnorkeling dan menyelam skuba.



Tempahan mula dibuka bermula Mac 2014.
Terdapat Chalet dan tapak perkhemahan untuk digunakan.
Harga pakej bermula serendah RM200 sahaja untuk 3D2N.
Aktiviti yang boleh dilakukan di sini : 
Camping site
Snorkeling
Treking
Island Hoping
Team Building
Scuba Diving










Wednesday, 28 August 2013

Friday, 9 August 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Di kesempatan ini Eco Marine ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf di atas kekilafan yang dilakukan samada sengaja atau pun secara tidak sengaja. Berhati- hati di jalanraya pada musim perayaan ini. Insya Allah lepas hari raya kita akan berjumpa kembali dengan aktiviti- aktiviti menarik sepanjang tahun 2013. 


Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir Batin...



Tuesday, 30 July 2013

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian

Dari lens fisheye pak ucop heheheh....




PEMANDANGAN DARI JETI TAMAN LAUT.




PEMANDANGAN PULAU PERHENTIAN KECIL DARI JETI TAMAN LAUT.




KEJERNIHAN AIR LAUT PULAU PERHENTIAN.

Sunday, 7 July 2013

XPDC JERAM PENITIH

          
       Kelab Ecomarine tidak hanya dibataskan kepada aktiviti di pulau sahaja. Keindahan hutan-hutan dan jeram turut diterokai. Segala aktiviti sihat ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama pengunjung, tetapi juga mendedahkan tentang betapa pentingnya pemuliharaan hutan simpan kita.
       Kepakaran pihak ahli kelab dikongsikan bersama. Secara tidak langsung percambahan ilmu dan ditingkatkan lagi ke bidang dan suasana yang lain. Aktiviti pada kali ini adalah jejak berbasikal ke Jeram Penitih yang terletak di dalam Daerah Kemaman. Kehujauan alam semulajadi amat memukau jika pengunjung menghayatinya dengan cara yang betul.

SEJENAK ECOMARINE DI PULAU REDANG


        Bagi pengunjung yang pernah ke Pulau Perhentian, mereka ingin merubah angin ke Pulau Redang pula. Kunjungan bagi semua pulau ini amat penting kerana ia dapat menambah ilmu pengetahuan tentang alam marine. Perbandingan antara pulau-pulau ini dapat menyedarkan kita adakah pulau-pulau kita semakin terancam atau dijaga dengan elok oleh para pengunjung.
         Aktiviti yang dibantu oleh pihak Ecomarine pada kali ini melibatkan Persatuan Badan Beruniform Pengakap yang dihadiri oleh para pelajar yang berasal dari Negeri Perak. Penarafan para pelajar ini agar mendapat Lencana Alam Marin. Mereka telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti pemuliharaan alam semulajadi.

Saturday, 2 February 2013

PERCUTIAN MAHASISWI PERUBATAN UM DI PULAU PERHENTIAN

2013 
PERCUTIAN MAHASISWI PERUBATAN UM DI PULAU PERHENTIAN



Kepuasan bercuti di Pulau Perhentian tidak dapat digambarkan melainkan mengikutinya sendiri. Begitulah pengalaman mahasiswi perubatan tahun tiga Universiti Malaya. Kepuasan dapat dilihat pada setiap raut muka bakal doktor ini setiap kali gambar diambil. Senyuman manis dan menawan jelas terpancar dibibir.

Keindahan di puncak bukit kincir angin amat menarik. Kebesaran ilahi jelas dapat dilihat di sini.
 

Semoga dapat berjumpa lagi di lain masa

Sunday, 24 June 2012

PROGRAM PERKHEMAHAN ALAM MARIN SMK DATO' AHMAD MAHER DI PULAU REDANG



Tuesday, 19 June 2012

KURSUS SCUBA ECOMARINE

Dengan rasa syukur, pihak Ecomarine Training Centre telah berjaya mengadakan kursus scuba. Kumpulan yang terlibat adalah dari Pusat Kokurikulum Pulau Pinang dan juga Kelab Sahabat Ecomarine. Penginapan kali ini adalah di Fauna Resort dan juga di Arwana Perhentian Resort.





Antara para peserta yang menghadiri kursus scuba.








Monday, 11 June 2012

PERCUTIAN KELUARGA EN. YAZIT YEOP ARBI SAHABAT ECOMARINE DI PULAU PERHENTIAN


TERIMA KASIH, kerana sudi bersama SAHABAT ECOMARINE .......

Friday, 1 June 2012

PENGHAYATAN ALAM MARIN SK DANAU KOTA, KL

SK DANAU KOTA, KL telah memilih Pulau Perhentian sebagai lokasi untuk mengisi percutian sekolah dengan perkara yang dapat menambah ilmu pengetahuan. Tujuan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mereka tentang Alam Marin. Program ini merupakan kesinambungan program pada tahun lepas yang telah di adakan di Pulau Redang.




Lihatlah kegembiraan pada raut wajah mereka.












Kegembiraan dan kepuasan dapat juga dilihat pada raut wajah guru-guru mereka.









Guru PKHEM yang banyak membantu dan memberi sokongan amat gembira kerana berpeluang ke Pulau Perhentian dengan dibantu oleh Ecomarine Education Centre.











Murid-murid  dan para guru diberi pendedahan dunia scuba.

















Setelah penat scuba, mereka dibawa ke Air Berani untuk menikmati keindahan dan kesejukan air bukit ini.














Kesejukan air bukit ini jelas tergambar pada raut wajah guru ini.












Selain program ini memberi pendedahan kepada murid-murid tentang alam marin, kasih sayang antara keluarga juga turut diberikan penekanan dengan menggalakkan agar guru-guru membawa keluarga masing-masing untuk bersama-sama bercuti. Pihak Ecomarine amat berharap agar kasih sayang berkekalan dan akan membawa kepada keluarga yang diberkati oleh Allah Subhanahu Wata'ala. InsyaAllah.


Thursday, 24 May 2012

KURSUS EFR BAGI DIVE MASTER DISAMPAIKAN OLEH EN. AZNAN ABAS

Pada 26 hingga 29 Feb 2012 pihak Pusat Kokurikulum Selangor, KL dan P. Pinang telah menganjurkan kursus "Emergency First Respons" yang berlangsung di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur dan Kolam Renang di Pusat Kokurikulum Selangor di Hulu Langat. Kursus ini dilakukan bagi melayakkan mereka untuk mengambil lesen dive master bagi scuba diving oleh PADI. Kursus ini dikelolakan oleh Ecomarine Training Center bersama Fauna Reff Diver iaitu Instruktur PADI En. Suhaimi Ibrahim  (bekas ahli kumpulan Medicine) atau lebih dikenali sebagai Abg Mie Fauna dan juga bantuan daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (Instruktur EFR Encik Aznan Abas) . Tahniah dan syabas kepada semua peserta. Pihak Ecomarine merasa amat bertuah dapat turut sama terlibat di dalam kursus ini. Semoga ilmu dan pengalaman semasa kursus ini dapat meningkatkan kemahiran semua peserta di dalam mengendalikan aktiviti pendidikan luar bilik darjah.








Para peserta kursus sedang memakai protective glove.





Breathing.........










Cara mencari point











EFR instructor memeriksa borang kursus.








Pusat Kokurikulum Selangor merupakan satu-satunya Pusat Kokurikulum yang mendahului teknologi dunia scuba dengan mendedahkan kepada jurulatihnya Full Face Scuba Dive Mask with Diver Communication Unit. SYABAS !!!!!!!!








Kolam Renang di Pusat Kokurikulum Selangor di Hulu Langat.

Pulau Redang ..... pulau keindahan