SK DANAU KOTA, KL telah memilih Pulau Perhentian sebagai lokasi untuk mengisi percutian sekolah dengan perkara yang dapat menambah ilmu pengetahuan. Tujuan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mereka tentang Alam Marin. Program ini merupakan kesinambungan program pada tahun lepas yang telah di adakan di Pulau Redang.
Lihatlah kegembiraan pada raut wajah mereka.
Kegembiraan dan kepuasan dapat juga dilihat pada raut wajah guru-guru mereka.
Guru PKHEM yang banyak membantu dan memberi sokongan amat gembira kerana berpeluang ke Pulau Perhentian dengan dibantu oleh Ecomarine Education Centre.
Murid-murid dan para guru diberi pendedahan dunia scuba.
Setelah penat scuba, mereka dibawa ke Air Berani untuk menikmati keindahan dan kesejukan air bukit ini.
Kesejukan air bukit ini jelas tergambar pada raut wajah guru ini.
Selain program ini memberi pendedahan kepada murid-murid tentang alam marin, kasih sayang antara keluarga juga turut diberikan penekanan dengan menggalakkan agar guru-guru membawa keluarga masing-masing untuk bersama-sama bercuti. Pihak Ecomarine amat berharap agar kasih sayang berkekalan dan akan membawa kepada keluarga yang diberkati oleh Allah Subhanahu Wata'ala. InsyaAllah.
Tq Cikgu Ehsan, cikgu Nan dan semua jurulatih yang telah membuat program ini berjaya. Kenangan scuba diving tidak akan saya lupakan......!!!
ReplyDeleteBest vacation/retreat so far. It's worth going to Perhentian Island. Eco Marine offered a good bargain for the best outdoor experiences. The Watercolours Resort warm welcome and great hospitality touches the heart of SK Danau Kota Staffs and pupils. The PKK instructors from KL, The Eco Marine Instructors, The Watercolours Instructor are very patient enough to cater for the SKDK Staff and pupils
ReplyDelete