Ecomarine pada kali ini mengisi percutian sekolah SMK Cheras dengan aktiviti yg dijalankan di Pulau Perhentian. Destinasi menginap pada kali ini pihak Ecomarine telah memilih Watercolour Resort. Pemilihan tempat penginapan ini amat tepat dengan misi ecomarine yang ingin para pengunjungnya berpuas hati dengan kemudahan-kenudahan dan layanan-layanan yang disediakan. Tempoh percutian selama tiga hari dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan untuk SMK Cheras oleh pihak Ecomarine dan juga Watercolour. Harapan pihak sekolah dan juga Ecomarine supaya pihak peserta akan membawa balik seribu kenangan dan juga pengetahuan-pengetahuan tentang Alam Maritim.
Para pelajar di bawa melawat bilik pameran Pusat Taman Laut Pulau Perhentian. Terdapat sedikit perbezaan antara bilik pameran Taman Laut Pulau Perhentian dan Taman Laut Pulau Redang. Pusat Taman Laut ini lebih menumpukan kehidupan Alam Maritim yang meliputi kehidupan ikan, batu karang, terumbu karang, dan tukun. Manakala bilik pameran Taman Laut Pulau Redang terdapat sedikit penambahan ilmu pengetahuan iaitu pengenalan tentang pokok-pokok bakau.
Pihak Ecomarine dan juga Water Colour menyediakan kemudahan kayak secara percuma. Semua ini sudah termasuk dalam pakej percutian ini. Para pelajar yang gemar sukan ini tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati suasana berkayak di laut dan menghayati keindahan suasana waktu petang.
Setelah teori disampaikan oleh jurulatih (diving PADI Instructors) tibalah masanya untuk para pelajar mempraktikkannya. Mereka diberi peluang untuk merasai alat menyelam ini. Bagi kebanyakan pengunjung yang datang melalui pakej yang disediakan oleh Ecomarine ini merupakan pengalaman pertama bagi mereka. Mereka amat teruja untuk merasai dan melihat sendiri keindahan dunia dasar laut.
Pengalaman dapat menyedut udara dari tangki oksigen dan merasai keindahan dasar laut memang akan menjadi kenangan abadi bagi seseorang. Pihak Ecomarine berharap pengalaman pertama ini dapat mewujudkan minat yang mendalam untuk ke peringkat yang lebih "advance". Seperti Open Water Diver, Advance Diver, Photographer Diver, Rescue Diver, Dive Master dan Instructor. Mungkin minat ini akan melahirkan bidang pekerjaan kepada pelajar-pelajar ini. Pihak Ecomarine bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata tetapi adalah untuk kepentingan "survival" belia remaja nanti.
Setelah penat menerokai alam dasar laut pihak kami menyediakan juadah makan tengahari yang enak. Sumber bahan mentah adalah segar, ini kerana sumber laut mudah di dapati dari bot-bot nelayan. Makanan bagi para peserta atau pengunjung tidak pernah putus, baik dari segi makanan yang berat ataupun makanan untuk menampung perut. Khidmat layan diri kami utamakan agar para peserta dapat memilih kehendak selera masing-masing. Perkara seperti ini jarang di dapati dari lain-lain resort atau penganjur kem.
Kami juga menyediakan perkhidmatan gambar di dalam air secara percuma kepada setiap pengunjung. Namun ia bergantung kepada keberanian dan juga kejernihan air laut ketika itu. Bagi pengunjung yang tidak pandai menyelam ia merupakan satu kerugian kerana tidak dapat mengambil gambar di dalam air.
Pihak Ecomarine akan membawa para pengunjung ke tempat-tempat snorkling yang menarik. Di antaranya ialah shark point. Para pengunjung akan berpeluang melihat baby shark spesis "Black Tip". Selain itu, dapat melihat bermacam-macam jenis lagi terumbu karang yang berwarna-warni. Kedalaman Kawasan ini adalah sekitar 5 hingga 12 meter.
Setelah penat bersnorkling dan juga dilambung oleh ombak serta gelombang, pihak Ecomarine telah membawa anda ke satu tempat yang menarik iaitu sumber air bukit AIR BERANI. Airnya yang amat sejuk kira-kira 26 darjah Celcius. Pengalaman seperti ini jarang diperolehi jika tidak bersama Ecomarine.
Kepuasan para peserta dapat digambarkan seperti gambar ini.
Perut terasa lapar setelah bermacam-macam aktiviti yang telah dirancangkan oleh Ecomarine ini berjalan lancar. Pengalaman-pengalaman seperti makan di atas bot secara santai juga kami sediakan. Walaupun ringkas tetapi amat bermakna bagi para peserta. Boat man yang peramah tidak penat melayan telatah para peserta.
Bagi yang ingin mengasah bakat menyanyi atau ingin mencuba suara, pihak Waterclour dan Ecomarine menyediakan kemudahan karoake secara percuma. Banyak ruang dan peluang disediakan untuk pengunjung memenuhi masa lapang sepanjang bersama ecomarine. Pastinya bagi ibu-ibu yang keletihan dapat berehat untuk seketika.
Selain para pengunjung dapat menikmati keindahan alam dasar laut, mereka juga dapat berpeluang untuk melihat beberapa haiwan liar yang berada sekitar pulau ini. Kebanyakan haiwan-haiwan ini adalah jinak dan dipelihara dengan baik. Haiwan-haiwan ini akan dapat dilihat kerana sentiasa berada bersama-sama pengunjung di Watercolour Resort ini.
Hubungan yang baik sentiasa dijaga oleh pihak Watercolour dan Ecomarine. Para Pengunjung akan diberi kan penghargaan ucapan terima kasih. Pihak Ecomarine dan Watercolour amat bersyukur di atas kunjungan dan program ini.
Pihak Watercolour telah berbesar hati dengan kehadiran pengunjung dari SMK Cheras ini. Pihak Watercolour Resort telah menyediakan sijil-sijil penyertaan bagi para pelajar yang telah berjaya mengharungi acara menyelam.
Terima kasih dari pihak kami Ecomarine Outdoor Club dan Watercolour Resort. Jumpa lagi.
Seronok nye bercuti smbil belajar..
ReplyDeleteLg seronok sebab ada ciku nan, ihsan n the geng...
tahniah pada ciku nan , cekgu ehsan, mr powerpeja n the geng ... welldone.
ReplyDeleteThanks cikgu2 semua for this awesome "camp"! Haha.
ReplyDeleteSangat meninggalkan kenangan yang manis kepada kami semua. :D